Sungguh Menakjubkan!

Apa yang boleh saya perkatakan lagi… saya pun tidak menjangkakan keadaan ini berlaku. Sambutan ebook Jaga Kesihatan amat menggalakkan sekali. Pada hari pertama sahaja tidak sampai 12 jam ebook itu dilancarkan ianya sudah melepasi target saya untuk hari tersebut.

Terima kasih kepada anda yang telah download ebook Jaga Kesihatan itu. Semuga memberi manfaat yang cukup berguna kepada kita semua demi memiliki kesihatan yang berpanjangan.

Pada petang Jumaat, 4 Jan 2008 sekitar jam 5 saya berada di luar atas urusan kerja. Ketika itu saya terima sms dari seorang sahabat yang berada di Kuala Lumpur menyatakan web Jaga Kesihatan saya tak boleh masuk, Bandwidth Limit. Adusss!…terpaksa saya bergegas mencari restoran yang ada wifi untuk email saudara Shuth dari SempoiHosting. Tidak sampai lima minit keadaan sudah kembali pulih. Tahniah Shuth atas kecekapan dan tindakkan pantas anda.

Rupa-rupanya disebabkan terlalu ramai yang masuk pada hari tersebut menyebabkan Bandwidth sebanyak 3Gb tidak mencukupi untuk menampung. Sehinggakan terpaksa segera saya menambah bandwidth lagi.

Mungkin ini gara-gara promosi hebat dari anda yang menyertai Pertandingan Cabaran JagaKesihatan.com sedang lakukan. Syabas, teruskan usaha anda promosi demi promosi. Ranking Top 15 bertambah sengit sekarang ini dan berubah kedudukkannya setiap masa.

Ini petanda ramai yang akan terus join dan akan terus mempromosi untuk memenangi hadiah hebat yang ditawarkan. Jadi, anda perlulah berusaha sekuat yang mungkin sebab persaingan adalah sengit walau pun masa masih ada 26 hari lagi.

Dalam masa yang sama saya ada menerima email ucapan dan testimoni dari sahabat yang telah baca ebook tersebut dan ada yang meninggalkan masej diruangan komen blog ini.

Ini salah satu testimoni dari sahabat saya yang boleh saya kongsikan dengan anda :

“Hasil kerja yang sangat murni daripada Jimie. Beliau bukan saja menghasilkan ebook tentang penjagaan kesihatan yang berguna ini, malah telah memberikannya secara percuma. Jimie bukan menghasilkan ebook khas untuk segelintir golongan saja, malah untuk semua kerana ebook ini memberi tips dan panduan tentang kesihatan. Kepada semua rakan-rakan internet, muat turun ebook ini sekarang dan dapatkan panduan yang sangat bernilai dari Jimie serta rebut peluang yang ditawarkan. Terima kasih, JimieRay.”

Wan Ahmad Azarimy a.k.a Wirasutra
http://www.wirasutra.com
http://www.wirasutra.com/blog

Apapun, saya gembira apabila telah berjaya membantu orang lain untuk memberi kesedaran kepada kita semua tentang betapa pentingnya jaga kesihatan. ‘Kesihatan Asas Kehidupan’.

Jumpa lagi. Wassalam.
signjimiey2.gif

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

One Response to “Sungguh Menakjubkan!”

  1. Tercapai Sudah Impian | JimieRay Dot Com Says:

    […] Pada pagi tersebut juga berkat bantuan mentor saya serta rakan-rakan JV saya yang sudi buat satu pengumuman serentak tepat pada jam 10 pagi di blog masing-masing akhirnya saya lihat dalam masa sejam trafik dah mula masuk ke laman web tersebut. Dalam masa 12 jam ebook tersebut di lancarkan sudah melebihi 100 orang yang telah download ebook itu. Ini cukup memberangsangkan dan telah melebihi target saya untuk hari pertama sahaja. […]

Leave a Reply